• 0

Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang

Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang

Berapa ramai yang gemar untuk menjadikan pulau sebagai destinasi percutian pilihan anda? Kenapa pulau yang menjadi pilihan mereka? Antara kelebihan menjadikan pulau sebagai destinasi perlancongan adalah kerana pulau memberikan suasana yang berbeza jika anda bandingkan dengan percutian di kawasan-kawasan bandar. Mereka juga ingin lari dari kesibukan kota raya dan pencemaran. Di pulau, anda akan merasakan diri anda lebih dekat dengan alam dan jauh daripada keserabutan yang diberikan keadaan di tempat lain. Pulau juga membolehkan anda menikmati berbagai permandangan dan keindahan alam semulajadi seperti melihat permandangan matahari terbenam, kebiruan dan kejerihan air laut serta menikmati udara segar angin pantai. Di Malaysia saja, terdapat begitu banyak pulau yang menjadi destinasi tumpuan pelancong. Setiap pulau ini mempunyai keunikan mereka yang tersendiri dan menawarkan pengalaman yang berbeza kepada pelancong. Antara pulau yang terkenal dan menjadi tarikan utama di Malaysia adalah Pulau Redang.

 

Percutian Pulau Redang merupakan antara percutian yang paling seronok dan mengujakan jika dibandingkan dengan percutian pulau-pulau lain. Pulau Redang merupakan sebuah pulau yang terletak di bahagian pantai timur Malaysia iaitu di negeri Terengganu Darul Iman. Ia merupakan antara destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Untuk datang ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot laju dan feri daripada beberapa buah jeti yang terdapat di Terengganu. Jeti Shahbandar merupakan antara lokasi utama untuk anda mendapatkan tiket bot atau feri ke Pulau Redang. Masa untuk perjalanan daripada jeti ini ke Pulau Redang adalah sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam penuh. Segalanya bergantung kepada kelajuan bot atau feri dan juga keadaan air laut. Bagi feri dikawasan ini, walaupun ia bersaiz agak besar, namun anda masih berkemungkinan untuk mengalami mabuk laut. Jika anda memang seorang yang mudah untuk mabuk laut, adalah disarankan supaya anda membawa ubat-ubatan yang sepatutnya dan juga menyediakan plastik.

Kini terdapat promosi pakej percutian Pulau Redang di mana anda akan menikmati diskaun 10% dari jumlah harga tempahan anda. Harga bermula dari RM450 seorang. Tawaran sah sehingga 30 Jun 2019. Tarikh perjalanan adalah sehingga 30 Oktober 2019 (atau berdasarkan tarikh perjalanan yang anda pilih). Gunakan kod promosi REDANGNOW untuk menikmati harga istimewa. Layari pakej di: https://www.halaltrekker.com/tour/3-days-2-nights-snorkeling-redang-beach-resort/

Sebaik sahaja anda dibawa berdekatan dengan Pulau Redang, anda perlu melakukan transit ke bot atau feri yang akan membawa anda ke tempat penginapan anda. Jeti lain yang boleh anda pergi untuk mendapatkan tiket ke Pulau Redang adalah Jeti Merang atau turut dikenali dengan nama Jeti Penarik. Lokasi jeti ini adalah sekitar 40 KM ke arah utara Bandar Kuala Terengganu. Jangan terkeliru pula dengan Jeti Marang. Namanya seakan-akan sama tapi sebutannya berbeza dan lokasi yang anda akan pergi juga berbeza. Selain daripada ke Pulau Redang, Jeti Merang turut membolehkan anda ke Pulau Perhentian dan juga ke Pulau Lang Tengah. Anda akan dibawa bot melalui Sungai Merang sebelum meredah ke lautan Pulau Redang. Mana lagi seronok? Feri atau bot laju ke Pulau Redang? Ia sebenarnya bergantung kepada keselesaan dan juga minat anda. Jika anda merupakan seorang yang tidak sukakan keadaan sempit dan mudah untuk mabuk laut, feri adalah lebih baik untuk anda kerana ia lebih selesa dan besar. Namun begitu, jika anda menaiki feri daripada Jeti Shahbandar, ia mengambil masa yang lebih lama kerana jaraknya untuk ke Pulau Redang adalah lebih jauh. Jika anda merupakan seorang yang sukakan pengalaman yang lebih mencabar dan sukakan pengembaraan, anda boleh menaiki bot laju. Perasaan ketika anda laju meredah arus lautan deras dan dilambung-lambung ombak sememangnya suatu pengalaman yang menakjubkan.

Jika anda berkunjung ke Pulau Redang, anda boleh memilih untuk balik hari. Tetapi lagi menarik sebenarnya jika anda dapat meluangkan masa untuk menginap beberapa hari disana kerana terdapat banyak aktiviti menarik di Pulau Redang yang boleh anda lakukan disana. Sehari memang tidak mencukupi dan akan membuatkan percutian anda menjadi agak padat. Jika anda bercadang untuk menginap di Pulau Redang, terdapat beberapa tempat penginapan yang kami cadangkan di Pulau Redang untuk anda. Pemilihan tempat-tempat penginapan ini adalah berdasarkan harga, keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Apa kata anda lihat dulu dan pertimbangkan apa yang kami cadangkan untuk anda dibawah.

Redang Beach Resort

Redang Beach Resort menawarkan pengunjung sebanyak 129 bilik yang menyediakan kemudahan dan servis pada harga yang berpatutan. Terdapat banyak lagi sebenarnya tempat penginapan yang boleh anda pilih apabila berkunjung ke Pulau Redang. Yang dinyatakan diatas hanyalah sebahagian daripada apa yang boleh anda dapatkan disana dan pemilihan kami adalah berdasarkan harga yang berpatutan, kualiti servis serta kemudahan yang berada pada tahap terbaik.

Kini terdapat promosi pakej percutian Pulau Redang di mana anda akan menikmati diskaun 10% dari jumlah harga tempahan anda. Harga bermula dari RM450 seorang. Tawaran sah sehingga 30 Jun 2019. Tarikh perjalanan adalah sehingga 30 Oktober 2019 (atau berdasarkan tarikh perjalanan yang anda pilih). Gunakan kod promosi REDANGNOW untuk menikmati harga istimewa. Layari pakej di: https://www.halaltrekker.com/tour/3-days-2-nights-snorkeling-redang-beach-resort/

 

 

Article Source: Melancong.my